SEORANG hakim yang menjadi perhatian dalam skandal penjajaan pengaruh sistem kehakiman Peru ditangkap, kata seorang pendakwa pada Ahad.
Polis menahan Hakim Walter Rios sebagai sebahagian daripada penyiasatan selepas pendedahan rakaman audio mencetuskan skandal berhubung skandal penjualan hukuman dan penjajaan pengaruh, kata pendakwa raya hal ehwal dalaman Jaime Velarde di Twitter.
Rakaman audio disiarkan di laman web kewartawanan penyiasatan IDL-Reporteros dan program Panorama di stesen televisyen Canal 5.
Rios adalah hakim pertama yang ditahan dalam siasatan.
Presiden Martin Vizcarra memecat Menteri Keadilan Salvador Heresi pada Jumaat selepas pendedahan rakaman audio dan melantik jawatankuasa enam panel yang diketuai bekas canselor Allan Wagner, memberikan mereka 12 hari untuk menyerahkan cadangan pembaharuan kehakiman. – AFP, 16 Julai, 2018.
Komen