Peminat Piala Dunia dibenarkan masuk Rusia tanpa visa sepanjang tahun


Presiden Perancis, Emmanuel Macron (kanan), Presiden Rusia Vladimir Putin (tengah) dan Presiden FIFA, Gianni Infantino (kiri) mengucapkan tahniah kepada penyerang Perancis Kylian Mbappe semasa upacara penyampaian trofi selepas perlawanan akhir Piala Dunia 2018 antara Perancis dan Croatia di Stadium Luzhniki Moscow pada 15 Julai. – Gambar AFP, 16 Julai, 2018.

PRESIDEN Vladimir Putin berkata pada Ahad pelancong asing yang memegang kad “fan ID” bagi Piala Dunia boleh memasuki Rusia tanpa visa sepanjang tahun 2018, lapor agensi berita.

“Penyokong warga asing yang mempunyai ‘ID peminat’ akan mendapat faedah daripada pelbagai kemasukan ke Persekutuan Rusia tanpa visa sehingga akhir tahun ini,” kata beliau sebagai dipetik agensi berita selepas kemenangan Perancis ke atas Croatia pada perlawanan akhir Piala Dunia di Moscow. – AFP, 16 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen