Perancis juarai Piala Dunia 2018 


Pemain Perancis Djibril Sidibe meraikan kemenangan pasukan itu selepas menewaskan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Moscow, Rusia awal pagi tadi. – Gambar EPA, 16 Julai, 2018.

PASUKAN Perancis memenangi kejohanan Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah mereka selepas menewaskan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Luzhniki, Moscow, awal hari ini. 

Jaringan Paul Pogba dan Kylian Mbappe, serta jaringan hasil sepakan penalti kontroversi VAR, membantu negara itu mengalahkan Croatia dalam perlawanan sengit sekali gus membenarkan Perancis menjulang trofi berprestij dunia buat kali kedua dalam sejarah mereka.

Dalam perlawanan itu, Mario Mandzukic menjaringkan gol pertama Perancis untuk meletakkan negara itu di hadapan, sebelum disamakan dengan jaringan Ivan Perisic. 

Bagaimanapun, jaringan hasil sepakan penatil Anyoine Griezman kembali meletakkan Perancis di hadapan selepas bola terkena tangan Perisic, sebelum Pogba dan Mbappe kedua-duanya menghasilkan jaringan pada separuh masa kedua. 

Perancis sama seperti Uruguay dan Argentina yang memenangi Piala Dunia dua kali, selepas kejayaan mereka menewaskan Brazil pada 1998 ketika Didier Deschamps - kini merupakan jurulatih - menjadi kapten pasukan ketika itu. 
 
Perlawanan itu akan diingati sebagai perlawanan akhir yang mempunyai jaringan terbanyak Piala Dunia sejak England menewaskan Jerman Barat pada 1966 dan Mbappe menjadi pemain termuda untuk menjaringkan gol di final sejak Pele pada 1958. – AFP, 16 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen