BANJIR kilat yang melanda kawasan mandi manda berhampiran Payson, Arizona menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan beberapa yang lain masih hilang, kata pihak berkuasa semalam.
Pejabat sherif menerima panggilan kecemasan selepas banjir itu berlaku di Cold Springs Swimming Hole, menurut pejabat sherfi kawasan itu.
“Lapan individu sudah disahkan terbunuh dan operasi menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mereka yang hilang,” kata kenyataan itu tanpa menyebut jumlah sebenar mereka yang masih hilang.
Amaran banjir kilat dikuatkuasakan di selatan Arizona sehingga petang Isnin, kata Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan.
Menurut Rangkaian Maklumat Kecemasan Arizona, banjir jilat sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 40 nyawa di negeri itu sejak 1996 jauh lebih tinggi berbanding bencana lain yang disebabkan cuaca ribut. – AFP, 17 Julai, 2017.
Komen