Tiga terbunuh selepas rakan sekerja lepas tembakan di sempadan Arab Saudi-Yemen


Tiga terbunuh di persimpangan sempadan Yemen apabila pekerja imigresen Arab Saudi melepaskan tembakan, membunuh seorang rakan sekerja dan pegawai polis sebelum ditembak mati, kata pihak berkuasa Arab Saudi pada Ahad.– Gambar AFP, 15 Julai, 2018.

TIGA terbunuh di persimpangan sempadan Yemen apabila pekerja imigresen Arab Saudi melepaskan tembakan, membunuh seorang rakan sekerja dan pegawai polis sebelum ditembak mati, kata pihak berkuasa Arab Saudi pada Ahad.

Pekerja berusia 34 tahun yang bertugas di persimpangan sempadan menembak mati dua rakan sekerjanya di benteng itu pada malam Sabtu, selepas mereka menuduhnya hilang sewaktu bertugas, kata Pentadbiran Wilayah Najran menerusi Twitter.

Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera dan dirawat di hospital.

Penembak tersebut cuba membunuh seorang lagi pegawai polis sebelum ditembak mati setelah cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

Pihak berkuasa Najran tidak mengaitkan serangan itu dengan perang di Yemen, di mana Arab Saudi mengetuai pasukan tenteran menentang pemberontak Huthi yang disokong Iran.

Pada Jun, pihak berkuasa Arab Saudi berkata ia telah menembak mati pejuang yang menghampiri sempatan Arab Saudi dari Yemen.

Arab Saudi berkata pejuang berkenaan adalah daripada Hezbollah, yang turut mempunyai kaitan dengan Iran. Hezbollah bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Hampir 10,000 otang terbunuh dalam perang antara kerajaan Yemen dan pemberontak Huthi, termasuk 2,200 kanak-kanak.– AFP, 15 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen