15 maut dalam kejadian tanah runtuh lombong jed di Myanmar


Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan berbelas lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di tapak perlombongan jed di utara Myamar, lapor media tempatan pada Ahad.– Gambar AFP, 15 Julai, 2018.

SEKURANG-kurangnya 15 orang maut dan berbelas lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di tapak perlombongan jed di utara Myamar, lapor media tempatan pada Ahad, dengan cuaca hujan menyukarkan proses mencari mangsa.

Kejadian itu adalah insiden terbaru yang melanda industri bernilai berbilion dolar yang berpusat di negeri Kachin, yang merupakan sumber terbesar jed dunia.

Walaupun tempat perlombongan tidak teratur dan tahap perlindungan keselamatan rendah, ia masih menarik minat pekerja untuk bekerja di situ.

Mereka maut semasa “mencari jed” di sebuah lombong yang tidak berfungsi pada Sabtu di perbandaran Hpakant apabila tanah runtuh berlaku, kata Kementerian Penerangan di laman web rasminya.

Empat belas mayat telah di bawa keluar dan mangsa yang ke-15 meninggal dunia di hospital, katanya. Lebih 45 orang sedang dirawat.

Long Long, seorang penduduk Hpakant yang berumur 30 tahun memberitahu AFP tanah runtuh itu berlaku di sebuah bandar kecil yang dikenali sebagai Lone Khin.– AFP, 15 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen