Rejim Syria terus bom pemberontak, kata pemerhati


Tentera kerajaan Syria mengebom wilayah selatan Quneitra sejak awal Ahad dan manawan sebahagian daerah itu, kata pemerhati perang.– Gambar AFP, 15 Julai, 2018.

TENTERA kerajaan Syria mengebom wilayah selatan Quneitra sejak awal Ahad dan manawan sebahagian daerah itu, kata pemerhati perang.

“Pengeboman itu bermula dari 03.00 (tengah malam GMT) dan berterusan selama enam jam,” kata Rami Abdel Rahman, ketua Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia.

“Sekitar 800 misil dan bom dilepaskan di beberapa kawasan di wilayah itu dan pertempuran sengit berlaku antara tentera rejim dan puak pemberontak,” katanya.

Tentera rejim menawan semula Masshara, tambahnya.

“Pengeboman turut berlaku di kawasan (kejiranan) wilayah Daraa.”

Beliau tidak menyatakan jumlah kecederaan dan kematian akibat serangan itu. 

Selepas berjaya menawan Damascus dan kawasan terpencil di sekitar ibu kota itu, rejim Presiden Bashar al-Assad pada 19 Jun melancarkan serangan ke atas Daraa, dengan bantuan daripada Rusia.– AFP, 15 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen