Federer menang kejohanan Wimbledon kali ke-8


Roger Federer bersama piala dimenanginya dalam kejohanan Wimbledon selepas menewaskan Marin Cilic dari Croatia dalam pertandingan akhir tenis lelaki di London hari ini. – Gambar EPA,

ROGER Federer mengalahkan Marin Cilic 6-3, 6-1, 6-4 untuk mencipta rekod lapan kali juara lelaki tenis Wimbledon 2017.

Federer, 35, pemain paling tua menjuarai Wimbledon, selepas Arthur Ashe yang menang gelaran juara lelaki pada 1976 ketika berusia 32 tahun.

Setahun lalu, pemain tenis terkemuka dunia dari Switzerland itu dikalahkan dalam lima set pada perlawanan separuh akhir oleh Milos Raonic dan terus mengakhiri musimnya dengan berehat selepas mengalami kecederaan di lutut.

“Sukar untuk mempercayai yang saya berjaya ke tahap ini. Saya tidak pasti akan berada di sini lagi pada pertandingan akhir yang lain selepas tahun lalu.

“Saya berdepan cabaran sukar pada pertandingan akhir, kalah menentang Novak (Djokovic).

“Tetapi saya selalu percaya. Saya terus percaya pada diri dan memasang impian yang saya boleh kembali,” katanya yang akan menyambut ulang tahun ke-36 dalam tempoh tiga minggu lagi.

Cilic, yang mengambil masa empat jam setengah berbanding Federer untuk tiba ke pertandingan akhir berkata dia tidak akan bersara hanya kerana kecederaan dialaminya. – AFP, 16 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen