23 tentera Nigeria hilang selepas diserang Boko Haram


Walaupun serangan demi serangan berlaku, Presiden Muhammadu Buhari tetap berkata Nigeria berada dalam 'fasa stabil selepas konflik'. – Gambar EPA, 15 Julai, 2018.

21 tentera Nigeria hilang selepas pengganas Boko Haram menyerang sebuah konvoi di bahagian timur laut negara itu, kata sumber tentera dan orang awam pada Sabtu.

“Sehingga kini, 23 pasukan tentera belum diambil kira. Ini termasuk lima pegawai tentera dan 18 askar,” kata seorang pegawai tentera di Maiduguri, ibu kota Borno.

“Mereka diserang oleh pengganas Boko Haram di kampung Balagallaye di kawasan Boboshe diluar Bama,” katanya.

Menurut pegawai itu, Jumaat lalu askar -askar berkenaan menerima laporan bahawa “kira-kira 100 pengganas” berkumpul di Boboshe dan “tentera dihantar untuk melawan mereka”.

“Hanya tiga kenderaan yang berjaya balik ke Bama semula, baki lapan dan puluhan askar masih hilang. Tak tahu apa jadi dengan nasib mereka,” katanya.

Seorang anggota militia awam mengesahkan bahawa berpuluh askar masih hilang.

“Tak tahu sama ada mereka lari ke dalam hutan, atau dibunuh ataupun ditangkap,” katannya.

Kumpulan pemberontak Islam Boko Haram telah memusnahkan rantau itu sejak 2009, menyebabkan sekurang-kurangnya 20,000 mati, lebih dua juta hilang tempat tinggal dan mencetuskan krisis kemanusiaan.

Walaupun serangan demi serangan berlaku, Presiden Muhammadu Buhari tetap berkata Nigeria berada dalam “fasa stabil selepas konflik”.

Muhammadu memegang tampuk kuasa sejak tiga tahun lalu dan berjanji untuk menghapuskan Boko Haram. – AFP, 15 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen