Pengawal peribadi Osama ditahan di Tunisia


Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden menjadi buruan pihak antarabangsa berikutan dakwaan pembabitannya dalam keganasan.– Gambar EPA, 14 Julai, 2018.

SEORANG lelaki yang disyaki bekerja sebagai pengawa peribadi Osama bin Laden ditahan di Tunisia sebagai sebahagian daripada siasatan keganasan selepas diusir dari Jerman, kata jurucakap pendakwa raya pada Sabtu. 

Dikenali sebagai Sami A. oleh pihak berkuasa Jerman dan Sami Idoudi di negaranya, warga Tunisia itu “ditahan berikutan keputusan kehakiman oleh pendakwaraya Tunisia,” kata jurucakap Sofiene Sliti. 

Beliau dikehendaki kerana “disyaki terbabit dalam aktiviti ekstremis di Jerman”, berikutan sasatan oleh unit anti-keganasan, tambah Sliti.

Undang-undang Tunisia membenarkan kes ini dibawa terhadap warganegaranya yang dituduh di bawah jenayah keganasan di luar negara, kata Sliti. 

Suspek berusia 42 tahun itu kembali ke Tunisia pada Jumaat, diikuti dengan pertikaian undang-undang yang panjang di Jerman berhubung penghantaran pulangnya. 

Idoudi tinggal di Jerman sejak lebih dua dekad lalu, dan tinggal di negara itu berikutan permohonannya mendapatkan suaka tidak diluluskan pada 2007. 

Pertikaian undang-undang itu dijangka berterusan berikutan mahkamah Jerman pada Jumaat mengarahan Idousi dihantar pulang ke negaranya, selepas keputusan menghalang pengusiran itu dibuat ketika pesawat yang dinaikinya sudah berlepas.

Mahkamah berkata pengusirannya adalah tidak sah dan menuduh pihak berkuasa “dengan sengaja” menentang perintah itu dengan melengkapkan perpindahannya kepada pihak berkuasa di Tunisia.

Pihak berkuasa Tunisia bagaimanapun “masih masih belum menerima sebarang permohonan rasmi” untuk menghantarnya kembali, kata Sliti, yang turut mewakili unit anti-keganasan negaranya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada pihak berkuasa Tunisia akan cuba menghantar tahanan itu kembali ke Jerman. – AFP, 14 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen