Pakistan berkabung pada pengebumian mangsa serangan bom 


Rakyat Pakistan berkabung dan mengadakan perhimpunan membantah keganasan dalam kempen pilihan raya negara itu.– Gambar EPA, 14 Julai, 2018.

RAKYAT Pakistan berkabung pada Sabtu ketika pengebumian mangsa serangan bom yang membunuh 128 orang di barat daya Pakistan ketika perhimpunan politik yang merupakan serangan terburuk di negara itu. 

Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab terhadap serangan pengebom bunuh diri di bandar Mastung, berdekatan wilayah Balochistan di ibu negeri Quetta, dalam siri serangan bom yang menyasarkan acara kempen pilihan raya minggu lalu. 

Keadaan itu juga dijangka akan mencetuskan keganasan berikutan pilihan raya yang akan berlangsung pada 25 Julai ini. 

Hospital di kawasan berkenaan diletakkan dalam keadaan pengurusan “darurat” selepas menjadi tumpuan semalam, dengan lebih 150 orang yang turut cedera dalam letupan itu. 

Kebanyakan mangsa masih dalam keadaan kritikal dan trauma. 

“Kita telah memgumumkan darurat di hospital dan membatalkan cuti semua doktor dan paramedik,” kata Menteri Dalam Negeri Balichistan Agha Umar Bungalzi kepada AFP. 

Setiausaha dalam negeri Haider Shako berkata, anggota pasukan keselamatan tambahan dikerahkan di “kawasan sensitif” dan memberi amaran kepada ahli politik untuk kekal berhati-hati. 

Antara yang maut dalam serangan itu, Siraj Raisani yang bertanding untuk kerusi wilayah dengan parti yang baru ditubuh Parti Balochistan Awami (BAP). 

BAP kemudian bertindak menggantung acara berkaitan kempen pada Sabtu dan menggesa penyokongnya untuk menjalankan pemerhatian. – AFP, 14 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen