FINLAND menutup sebahagian besar kawasan untuk cuti musim panas namun pegawai dan pihak polis ditugaskan untuk meningkatkan kawalan keselamatan menjelang sidang kemuncak di Helsinki antara Donald Trump dan Vladimir Putin.
Ribuan anggota polis, pengawal pantai dan anggota penyelamat yang sedang bercuti dipanggil kembali untuk bertugas, berikutan penunjuk perasaan dijangka akan mengadakan bantahan terhadap pertemuan presiden Rusia dan Amerika Syarikat itu.
Pelancong dilihat berjalan di sekitar Helsinki yang mana, ejen perkhidmatan rahsia AS dan anggota keselamatan Rusia dilihat menjalankan pemeriksaan keselamatan.
Diumumkan akhir bulan lalu, sidang kemuncak Trump-Putin itu merupakan acara terbesar di ibu negara Finland sejak bekas presiden AS Bill Clinton dan rakan sejawatnya Boris Yetsin mengadakan pertemuan pada 1994.
Kebanyakan warga Finland menyatakan keterujaan mereka berhubung sidang kemuncak itu kerana negara berpopulasi 5.5 juta orang itu akan menjadi tumpuan dunia sekurang-kurangnya beberapa jam pada Isnin.
Pihak berkuasa Finland bekerja keras bagi memastikan keselamatan dan logistik sedia pada waktunya.
Kerajaan pada Jumaat mengumumkan, ia akan memperkenalkan kawalan keselamatan kepada pelancng dari zon Schengen, 26 negara yang sebahagian daripada kawasan gerakan bebas di Eropah, untuk mengenalpasti “mereka yang berisiko” ketika sidang kemuncak itu.
Bagaimanapun, aktivis dikecualikan selagi mereka tidak memberi ancaman kepada keselamatan awam,” kata timbakan ketua Pengawal Sempadan Finland, Kimmo Elomaa.
“Kita hanya ada beberapa minggu (untuk bersiap sedia) dan ia diadakan di tengah-tengah musim panas…cuba kamu bayangkan!,” kata Elomaa.
Hampir 2,000 pengamal media dijangka akan tiba ke negara itu untuk membuat liputan sidang kemuncak berkenaan. – AFP, 14 Julai, 2018.
Komen