Isreal lancar serangan udara ke atas Gaza


Pengeboman Israel berlaku ketika roket dan mortar disasarkan ke selatan Israel dari Tebing Gaza, susulan pertempuran berdarah di sempadan yang menyebabkan berpuluh rakyat Palestin cedera. – Gambar AFP, 14 Julai, 2018.

TENTERA Israel berkata mereka melancarkan serangan udara menyasarkan Hamas di Tebing Gaza pada Sabtu, susulan pertempuran berdarah di sempadan yang menyebabkan seorang remaja Palestin ditembak mati dan seorang tentera Israel cedera.

Pengeboman Israel berlaku ketika roket dan mortar disasarkan ke selatan Israel dari Tebing Gaza, susulan pertempuran berdarah di sempadan yang menyebabkan berpuluh rakyat Palestin cedera.

Pesawat pejuang tentera menyasarkan rangkaian terowong pengganas di selatan Tebing Gaza, selain beberapa tapak pengganas dalam kawasan tentera di seluruh Tebing Gaza, kata tentera Israel dalam satu kenyataan.

Menurut saksi di Tebing Gaza, tidak ada kematian dilaporkan kerana serangan udara itu yang menyebabkan kerosakan infrastruktur dalam kawasan dikawal Hamas sejak 2007.

Serangan itu dilakukan “sebagai tindak balas kepada tindakan keganasan yang dicetuskan oleh rusuhan ganas yang berlaku di sepanjang pagar keselamatan semalam,” kata kenyataan itu.

Ia juga memetic “serangan bebola api berterusan yang merosakan kawasan Israel setiap hari dengan pelancaran bebola api dari Tebing Gaza ke jajahan Israel”.

Rakaman diterbitkan AFP pada Jumaat menunjukkan seorang remaja Palestin ditembak mati di pagar sempadan antara dua kawasan itu.

Othman Rami Halles, 15, dibunuh di timur Tebing Gaza, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf Al-Qodra.

Kementerian berkata 220 lagi rakyat Palestin cedera dalam protes yang berlaku di sempadan yang memisahkan dua negara itu.

Sejak berbulan lamanya, rakyat Palestin di Gaza melakukan tunjuk perasaan menentang sekatan berdekad lamanya dikenakan Israel ke atas mereka dan mendesak hak mereka untuk kembali ke tanah asal mereka sebelum diusir atau dipaksa keluar selepas pembentukan Israel pada 1948.

Sejak protes dan pertempuran berlaku di sempadan pada 30 Mac lepas, sekurang-kurangnya 140 rakyat Palestin terbunuh.

Tiada kematian di pihak Israel dilaporkan.

Tentera Israel berkata bom tangan, bom Molotov, tayar berapi dan batu dilontar ke arah tenteranya menyebabkan seorang tentera cedera.

Tentera berkata hampir 17 serangan dikesan dilancar dari Gaza, tanpa memperincikan butiran serangan itu.

Menurut saksi di Gaza, beberapa roket ditembak selain hampir tiga puluh serangan mortar berlaku.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum, mendakwa serangan itu adalah “tindak balas serta merta” ke arah serangan udara Israel.

Ia tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan, menurut laporan media Israel.

Israel berkata mereka menggunakan peluru hidup jika diperlukan untuk mempertahankan sempadan dan menghentikan pencerobohan.

Ia juga menuduh Hamas menggunakan protes itu untuk melindungi serangan ke atas Israel. – AFP, 14 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen