Kempen pilihan raya Pakistan dicemari letupan bom, 25 maut


Letupan itu juga membunuh Mir Siraj Raisani yang bertanding kerusi daerah mewakili parti baru dibentuk, Balochistan Awami Party (BAP). – Gambar EPA, 13 Julai, 2018.

SEBUAH letupan bom membunuh 25 orang dan mencederakan 30 yang lain di Pakistann, serangan kedua dalam kempen pilihan raya yang menimbulkan ketakutan menjelang pilihan raya negara itu.

“Jumlah kematian sekarang naik kepada 25,” kata Menteri Daerah Agha Umar Bungalzai kepada AFP menambah yang sekurang-kurangnya 32 lagi cedera di bandar Mastung, berhampiran Quetta, ibu kota Balochistaa.

“Kelihatan seperti serangan bunuh diri,” tambahnya walaupun ia masih belum dapat dipastikan.

Pegawai sebelum ini berkata yang 40 cedera.

Pegawai kanan kerajaan tempatan, Qaim Lashari juga mengesahkan jumlah korban terbaru, menambah yang angkanya mungkin meningkat.

Bungalzai berkata letupan itu juga membunuh Mir Siraj Raisani yang bertanding kerusi daerah mewakili parti baru dibentuk, Balochistan Awami Party (BAP).

“Mir Siraj Raisani terbunuh kerana kecederaan ketika dipindahkan ke Quetta,” tambahnya.

Raisani adalah adik lelaki kepada bekas ketua menteri Mir Aslam Raisani.

Letupan itu berlaku beberapa jam selepas empat orang terbunuh dan 39 lain cedera apabila bom disembunyikan dalam motosikal meletup berhampiran konvoi politik Pakistan berhampiran sempadan Afghanistan pada Jumaat.

Letupan itu berhampiran bandar Bannu menyasarkan konvoi calon Muttahida Majlis-e-Amal (MMA), Akram Khan Durrani yang terselamat, kata polis. Masih tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Pada Selasa, Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab atas letupan bom dalam perhimpunan dianjurkan Awami National Party (ANP) di Peshawar. Pada Jumaat, hospital mengesahkan jumlah kematian serangan itu meningkat kepada 22.

Ketua ANP tempatan, Haroon Bilour antara yang terbunuh.

Susulan siri serangan yang berlaku, aktivis mendesak pihak berkuasa Pakistan mengetatkan kawalan dan melindungi calon ketika kempen pilihan raya semakin berhampir. – AFP, 13 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen