50% rakyat Malaysia dihalang ke luar negara adalah peminjam PTPTN


Ketua Pengarah Imigresen Mustafar Ali berkata 315,458 rakyat negara ini disenarai hitam dan dihalang membuat perjalanan ke luar negara kerana gagal membayar pinjaman PTPTN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2017.

LEBIH separuh daripada 622,768 rakyat Malaysia yang dilarang ke luar negara sejak 2010 adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), lapor Berita Harian hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen Mustafar Ali berkata 315,458 rakyat disenarai hitam kerana gagal membayar pinjaman PTPTN mereka.

Selain peminjam PTPTN, 123,592 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara oleh Jabatan Insolvensi Malaysia; 99,817 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri; 65,883 oleh Jabatan Pendaftaran Negara; 6,837 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja; 5,792 oleh Polis Diraja Malaysia dan 1,925 oleh Jabatan Kastam bagi sebab yang berbeza.

Agensi lain yang melakukan penyenaraian hitam ialah Jabatan Imigresen (1,292), kes mahkamah (970), Jabatan Penjara bagi kes parol (387), Kementerian Luar Negara (126) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (99). – 16 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen