Tiada penyelesaian ketenteraan bagi krisis Syria


Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres komited mencari penyelesaian politik yang selaras dengan Resolusi 2254 Majlis Keselamatan. – Gambar EPA, 13 Julai, 2018.

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Khamis menyeru ke arah satu penyelesaian politik dalam krisis Syria, lapor agensi berita China Xinhua.

“PBB berpendapat tiada penyelesaian dalam bentuk ketenteraan bagi krisis Syria, penyelesaiannya adalah politik.

“Kami komited untuk mencari satu penyelesaian politik yang selaras dengan Resolusi 2254 Majlis Keselamatan yang menyediakan hala tuju bagi penyelesaian politik,” katanya kepada pemberita.

Guterres turut menggesa agar satu jawatankuasa perlembagaan dibentuk seperti yang telah dipersetujui oleh kerajaan Syria dan kumpulan-kumpulan pemberontak sebelum ini pada awal tahun di Sochi, Rusia, kerana ia boleh berfungsi sebagai alat penting ke arah satu penyelesaian politik pada masa depan.

“Itulah komitmen dan matlamat kami. Hanya penyelesaian dalam bentuk politik mampu menjamin masa depan, pembinaan semula serta ciri demokratik dan bukan sektarian Syria,” katanya. – Bernama, 13 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen