PBB akan kenakan sekatan senjata di Sudan Selatan 


Pasukan pengaman PBB melakukan rondaan di kawasan bergolak di negeri Jonglei, Sudan Selatan. – Gambar EPA, 13 Julai, 2018.

MAJLIS Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) akan membuat undian pada Sabtu bagi mengenakan sekatan senjata di Sudan Selatan dan sekatan terhadap dua pegawai tentera selepas usaha diplomatik terbaharu gagal bagi menamatkan perang yang berlarutan sejak lima tahun lalu. 

Amerika Syarikat mengedarkan draf resolusi yang disemak pada Khamis bahawa para diplomat mengatakan kemungkinan ia akan diterima pakai dan mengenakan larangan terhadap penjualan senjata ke Sudan Selatan hingga Mei 2019.

Langkah itu dibuat berikutan “kebimbangan yang mendalam berhubung kegagalan pemimpin Sudan untuk menamatkan konflik di kawasan berkenaan” dan sekatan terhadap Selatan Sudan itu akan diperbaharui sehingga Mei 2019. 

Sudan Selatan mendapat kemerdekaan daripada Sudan pada 2011, yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Pelbagai usaha dilakukan untuk membawa keamanan ke negara itu yang kini memasuki tahun kelima pergolakan yang menyaksikan pembunuhan etnik, rogol dan pelbagai kekejaman lain yang didokumentasikan oleh pegawai hak asasi manusia PBB. 

Bekas pemimpin tentera Paul Malong dan Malek Ruben Riak, yang merupakan bekas jeneral bagi logistik tentera, akan disenarai dalam sekatan PBB serta dikenakan sekatan visa antarabangsa dan pembekuan aset, menurut satu kenyataan. 

Amerika Syarikat sebelum ini mencadangkan sekatan terhadap tiga menteri dalam pentadbiran Presiden Salva, termasuk menteri pertahanan, namun mereka digugurkan dari senarai itu selepas mengadakan rundingan. – AFP, 13 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen