SATU letupan besar berlaku di sebuah tangki kimia berhampiran lapangan terbang Kaherah di timur ibu kota Mesir menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera, kata pihak tentera pada malam Khamis.
Saksi melaporkan letupan itu selepas mendengar bunyi yang kuat, dan imej api dan asap dikongsi di media sosial.
Sumber-sumber keselamatan berkata 12 orang yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan.
Jurucakap tentera, Tamer el-Refai berkata di Twitter, “peningkatan haba” menyebabkan letupan, berlaku di sebuah syarikat yang khusus dalam “industri kimia” di kawasan dikawal oleh tentera.
Kawasan itu ditutup dengan pihak polis, menurut koresponden AFP di laman web, yang mengatakan bomba dan ambulans dihantar untuk memadamkan api serta membantu orang yang cedera.
Jabatan Penerbangan Awam menafikan letupan berlaku di lapangan terbang, seperti didakwa oleh beberapa saksi.
“Lalu lintas udara diteruskan,” kata jurucakap Kementerian Luar, Bassem Abdel Karim dalam satu kenyataan.
“Pelepasan dan ketibaan penerbangan tidak terjejas,” katanya. – AFP, 13 Julai, 2018.
Komen