Taufan Chris semakin lemah 


Kelajuan angin yang dibawa taufan Chris mencatatkan penurunan selepas memasuki kawasan Newfoundland di Kanada. – Gambar EPA, 12 Julai, 2018.

TAUFAN Chris semakin lemah pada Rabu ketika berada di perairan Pesisir Pantai Timur Amerika Syarikat di mana kelajuan angin menunjukkan penurunan kepada 90 batu sejam (150 kilometer sejam) di laluan yang dijangka menuju ke Newfoundland, Kanada. 

Pusat kaji ribut menjangkakan ia akan melewati kawasan tenggara Newfoundland pada petang Khamis yang mana sebelum ini ia membentuk satu ribut tropika yang kuat, kata Pusat Hurikan Negara (NHC) di Miami.

NHC meletakkan taufan Chris daripada hurikan tahap dua kepada tahap satu. 

Amaran yang dikeluarkan berhubung ribut Chris di kawasan 570 timur-timur laut Cape Hatteras, Carolina Utara, “boleh menyebabkan arus dan ombak yang mampu memberi ancaman” di sepanjang perairan Carolina Utara dan negeri-negeri di tengah Atlantik. 

Taufan Chris merupakan hurikan kedua pada tahun ini ada musim Atlantik. 

Tahun lalu, taufan Harvey, Irma dan Maria meranapkan banyak kawasan di laluannya merentasi Carribean dan timur laut Amerika Syarikat. – AFP, 12 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen