Serangan Jerusalem boleh cetuskan keganasan baru Palestin-Israel


Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres meminta semua pihak bertenang bagi mengelakkan keadaan bertukar ganas. – Gambar EPA, 14 Julai, 2017.

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres memberikan amaran keganasan bakal tercetus selepas serangan yang membunuh dua anggota polis Israel di Jerusalem, mengatakan semua pihak perlu mengelak memburukkan lagi keadaan.

Tiga penyerang melepaskan tembakan berhampiran masjid Al-Aqsa di Bandar Lama Jerusalem hari ini, membunuh dua pegawai. Semua penyerang ditembak mati polis dalam salah satu kejadian yang paling serius berlaku sejak beberapa tahun ini.

Guterres mengecam serangan itu, menambah:

“Kejadian ini berpotensi mencetuskan keganasan. Semua pihak perlu bertindak wajar bagi mengelakkan kekecohan.”

Ketua PBB itu memuji pemimpin Palestin Mahmud Abbas dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kerana mengeluarkan kenyataan mengecam serangan itu dan memberikan jaminan yang bandar suci Jerusalem akan terus dihormati.

Pasukan keselamatan menutup kawasan sekitar dan masjid Al-Aqsa juga ditutup untuk solat Jumaat selepas serangan itu. – AFP, 14 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen