Grab masih belum dimaklumkan secara rasmi peraturan baharu e-panggilan


Low Han Shaun

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata syarikat itu baru sahaja dimaklumkan mengenai peraturan baharu yang akan berkuat kuasa esok. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Julai, 2018.

PERKHIDMATAN e-panggilan popular, GrabCar masih belum dimaklumkan secara rasmi mengenai peraturan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan hari ini.

Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata syarikat itu baru sahaja dimaklumkan mengenai peraturan baharu yang akan berkuat kuasa esok.

“Kami baru saja dimaklumkan mengenai cadangan kawal selia itu dan masih belum menerima arahan rasmi.

“Sebagai sebahagian daripada industri, kami harap berharap bahawa kami, seperti juga pemain lain dalam pasaran, dirunding lebih awal kerana ia menjejaskan ratusan pemandu di seluruh negara,” kata Goh dalam satu kenyataan.

Beliau berkata GrabCar berharap untuk terlibat secara aktif dengan Kementerian Pengangkutan dan Menteri Anthony Loke dalam satu dialog terbuka kerana memahami pendirian kerajaan untuk memperbaiki pengangkutan awam Malaysia.

“Kami berharap untuk terlibat dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan pasukannya dalam satu dialog terbuka untuk menjelaskan butiran peraturan baharu yang diperkenalkan dan bagi memastikan rakan-rakan pemandu, operasi dan proses kami kurang terjejas,” kata Goh. – 11 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen