ENAM orang dijatuhkan penjara enam tahun kerana meraikan pembunuhan duta Rusia ke Turki di Facebook, lapor agensi berita MAP hari ini.
Sebuah mahkamah di Sale, berhampiran ibu kota Rabat, Moroco menjatuhkan hukuman itu kepada enam orang rakyat Moroco, Khamis lalu dan mendenda mereka 10,000 dirham (RM565) setiap seorang kerana “menceruskan tindakan keganasan”.
Mereka didapati bersalah kerana memberikan komen di Facebook dalam pembunuhan yang berlaku di Ankara itu apabila Duta Rusia Andrei Karlov ditembak penyerangnya dan mengecam penghantaran tentera Rusia menyokong rejim dalam konflik Syria.
Mereka ditahan tidak lama selepas pembunuhan itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin melantik duta baru ke Turki bulan lepas. – AFP, 14 Julai, 2017.
Komen