SEORANG penyerang mencederakan enam pelancong di Mesir dengan pisau dalam serangan yang berlaku di bandar pelancongan Laut Mewah, Hurghada hari ini, kata kementerian dalam negeri.
Penyerang itu sudah ditahan dan sedang disoal siasat bagi menentukan motifnya, tambah kementerian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Hurghada ialah tempat tumpuan pelancong utama di Mesir. Terletak di pinggir Laut Merah sepanjang 40km dan dipenuhi dengan restoran, pub dan kelab malam selain menjadi tumpuan aktiviti reaksi laut.
Penyerang itu berenang ke pantai sebelum menyerang pelancong, kata kementerian.
Pada Januari 2016, tiga pelancong di Hurghada cedera selepas ditikam dua penyerang yang menyokong Kumpulan Islam Negara Syria dan Iraq (IS). – AFP, 14 Julai, 2017.
Komen