Jangan heret Umno dalam kes peribadi pemimpin


UMNO perlu mengasingkan diri daripada kes mahkamah yang dihadapi bekas pimpinan. Tak perlu risiko kemungkinan kebangkitan parti dengan isu mahkamah.

Bukan soal tak kenang jasa. Kita kenang jasa. Tapi parti jauh lebih besar daripada individu. Kita tak boleh jangka keputusan mahkamah.

Ruang kebangkitan Umno terhimpit dengan kemelut berterusan. Soal peribadi mesti diasingkan daripada usaha bangkit kembali dalam suasana politik semasa. Perbicaraan ini akan memakan masa panjang.

Apakah selama itu juga Umno mahu terkait dengan kes? Apakah langkah ini strategik untuk Umno?

Saya sedar pandangan saya tidak popular dalam Umno. Namun, saya cakap berlandaskan “realiti politik”.

Jika Umno mengambil keputusan mengakrab institusi parti dengan kemelut seperti ini, kita mempertaruhkan risiko yg terlalu tinggi.

Pimpinan tertinggi mesti ambil keputusan paling wajar. Parti mesti diasingkan daripada diheret dalam kes peribadi.

Umno tidak ada masa panjang. Tiga tahun akan datang ini sangat kritikal. Saya tak boleh bayangkan jika Umno mahu diheret dalam kes ini selama satu hingga dua tahun akan datang ini.

Apa ruang kita bina “kepercayaan” di mata rakyat?

Saya juga agak kurang bersetuju apabila parti menganjurkan pesta kutip derma bagi menampung kos guaman dan dan jaminan mahkamah.

Tindakan ini ternyata membuktikan kita semata-mata popular di kalangan ahli Umno namun kemungkinan rakyat mempunyai persepsi yg berbeza akibat daripada tindakan ini. – 11 Julai, 2018.

* Shaiful Hazizy Zainol Abidin adalah ketua Pemuda Umno Kedah dan merangkap timbalan ketua Umno Bahagian Merbok.
 

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen