11 lagi pegawai Venezuela dikenakan sekatan


Seorang wanita memakai topi yang tertulis bantahan terhadap keputusan pilihan raya presiden di Caracas, Venezuela pada 21 Mei yang menyaksikan Presiden Nicolas Maduro dipilih semula dengan 6 juta undi. – Gambar EPA, 11 Julai, 2018.

SUSULAN pilihan raya presiden pada 20 Mei lepas, 11 lagi rakyat Venezuela dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah (EU), kata Sekretariat Negara Switzerland bagi Hal Ehwal Ekonomi.

Pada 28 Mac, 2018, Majlis Persekutuan Switzerland juga meluluskan langkah sekatan terhadap Venezuela sejajar dengan tindakan EU itu.

Switzerland kini menambah lagi 11 pegawai Venezuela dalam senarai sekatan.

Berdasarkan data dikeluarkan Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan Venezuela memasukkan berbilion dana ke dalam akaun bank di Swiss secara rahsia. Maklumat itu dibocorkan pemberi maklumat dari HSBC pada 2015.

Menurut data tersebut, Venezuela mempunyai akaun AS$14.8 bilion di HSBC di Switzerland antara tahun 1998 hingga 2007. – Bernama, 11 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen