Pertempuran Mosul, lebih sejuta orang hilang tempat tinggal


Lebih sejuta orang menjadi pelarian kerana pertempuran tentera Iraq dan IS di Mosul.– Gambar EPA, 14 Julai, 2017.

LEBIH sejuta orang dipaksa meninggalkan Mosul selepas pertempuran antara tentera dan militan Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) berlaku di bandar itu, tetapi hampir 200,000 sudah pulang ke tempat asal mereka, kata PBB hari ini.

Daripada 1.5 juta orang yang melarikan diri dari kawasan bergolak itu selepas pertempuran memerangi IS bermula Oktober lepas, 825,000 orang masih menjadi pelarian, kata Organisasi Migrasi Antarabangsa (IOM) dalam satu kenyataan hari ini.

Bandar yang terletak di sungai Tigris di utara Iraq mempunyai penduduk seramai dua juta orang pada 2014.

Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi mengisytiharkan Mosul dapat ditawan sepenuhnya daripada kumpulan militan Isnin lepas.

Tetapi Bandar Lama Mosul masih tidak boleh dimasuki kerana operasi ketenteraan masih berlaku. – AFP, 14 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen