11 maut bas, lori tangki minyak bertembung di Iran


Kedua-dua kenderaan itu bertembung selepas tengah malam (1900 GMT Selasa) di Sanandaj, ibu kota wilayah Kurdistan, kira-kira 400km barat dari tehran, menurut siaran televisyen tempatan.– Gambar AFP, 11 Julai, 2018.

SEKURANG-kurangnya 11 maut pada Rabu apabila sebuah lori tangki minyak berlanggar dengan sebuah bas di Barat Iran, lapor media tempatan.

Kedua-dua kenderaan itu bertembung selepas tengah malam (1900 GMT Selasa) di Sanandaj, ibu kota wilayah Kurdistan, kira-kira 400km barat dari tehran, menurut siaran televisyen tempatan.

Agensi berita IRNA berkata empat penumpang bas dan tiga orang yang melalui kawasan itu turut cedera dalam letupan besar yang berlaku akibat pelanggaran tersebut.

Pihak berkuasa tempat mengisytiharkan tiga hari berkabung di wilayah itu, katanya.

Walaupun keadaan jalan di Iran dalam keadaan baik, negara itu mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang buruk, dengan banyak kemalangan yang berlaku disebabkan oleh pemandu tidak berhemah sehingga mengakibatkan kematian ratusan orang setiap tahun.– AFP, 11 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen