MILITAN menyerang bangunan kerajaan di Afghanistan timur pada Rabu, kata para pegawai, menyebabkan beberapa letupan dalam serangan berterusan.
“Saya boleh mengesahkan serangan bersenjata di cawangan jabatan pendidikan di Jalalabad (bandar),” kata jurucakap gabenor wilayah Nangarhar Attaullah Khogyani kepada AFP.
Ia adalah serangan kedua di bandar itu dalam masa beberapa hari oleh kumpulan militan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Afghanistan dan pasukan keselamatan.
Serangan pada Rabu juga berlaku tepat sebulan selepas militan menyerang jabatan pendidikan di Jalalabad, ibukota Nangarhar.
Dalam kejadian itu seorang pengebom nekad mati meletupkan dirinya di pintu masuk jabatan, mencetuskan pertempuran sengit antara militan bersenjata dan pasukan keselamatan.
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera selepas kakitangan yang terkejut melompat keluar dari tingkap. – AFP, 11 Julai, 2018.
Komen