HAKIM persekutuan di Hawaii membuat pengecualian kepada datuk, nenek, cucu dan saudara di Amerika Syarikat terhadap larangan ke luar negara yang dibuat pentadbiran Trump menyasarkan enam negara majoriti Islam.
Keputusan itu dibuat Hakim Derrick Watson pada Khamis merupakan satu kejayaan bagi mereka menentang larangan itu, dan mengatakan larangan itu hanya kepada orang Islam dan ia bertentangan dengan perlembagaan AS.
Pentadbiran Trump mempertahankan larangan itu dan mengatakan ia perlu untuk menghalang ancaman pengganas.
Mahkamah Tinggi AS membenarkan sebahagian daripada larangan itu berkuatkuasa 29 Jun dan ia ditamatkan, sekurang-kurangnya untuk sementara, kepada lima bulan.
Mahkamah membenarkan larangan 90 hari pelancong dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman dan 120 hari larangan ke atas pelarian dengan pengecualian kepada mereka yang mempunyai “ahli keluarga rapat” di Amerika Syarikat.
Pentadbiran Trump mendefinisikan ahli keluarga itu kepada ibu bapa, suami isteri, anak, menantu, adik beradik dan adik beradik tiri.
Namun Watson mendapati, penyenaraian kerajaan itu adalah cetek dan tidak mendapat sokongan di Mahkamah Tinggi atau statut imigresen kerajaan.
“Secara umum, contohnya, menentukan bahawa ahli keluarga terdekat ditakrifkan untuk memasukkan datuk dan nenek,” tulisnya.
“Datuk dan nenek adalah ahli keluarga rapat. Takrifan kerajaan tidak termasuk mereka.”
Watson mengarahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri untuk tidak menguatkuasakan larangan itu ke atas “datuk dan nenek, cucu, abang ipar, kakak ipar, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara dan sepupu” kepada rakyat di AS.
Hakim itu turut berhujah pelarian yang mempunyai jaminan penempatan oleh pihak agensi di AS juga dikecualikan. – AFP, 14 Julai, 2017.
Komen