PENYANYI terkenal Beyonce mendedahkan gambar anak kembarnya kepada dunia awal hari ini menerusi gambar yang diterbitkan dalam akaun Instagramnya.
“Sir Carter dan Rumi berusia 1 bulan hari ini,” tulisnya di gambar itu mengumumkan nama anak kembarnya itu.
Beyonce dilihat berdiri di rumput hijau berlatarbelakangkan laut. Di belakangnya ialah jambangan bunga mekar pelbagai warna.
Dia memangku anak kembarnya itu yang melelapkan mata.
Latar belakang gambar itu serupa dengan yang digunakannya ketika mengumumkan dia sedang mengandung Febuari lalu.
Gambar pertama kembar itu menarik perhatian peminat tegar Beyonce, menarik 3.2 juta “love” sejak ia diterbitkan setakat ini. – AFP, 14 Julai, 2017.
Komen