PASUKAN penyelamat Thailand membawa keluar dua lagi budak lelaki dari gua Tham Luang tengahari tadi, kata sumber polis dan tentera laut kepada AFP selepas 18 hari terperangkap.
“Budak kesembilan dan kesepuluh sudah keluar,” kata sumber polis yang enggan dikenali. Sumber tentera laut juga mengesahkan budak itu “sudah dipindahkan dari pintu masuk gua ke hospital lapangan.”
Sumber mengatakan jarak masa kedua-dua mangsa dikeluarkan adalah 20 minit. – AFP, 10 Julai, 2018.
Komen