10 terbunuh serangan di Afghanistan


Serangan berlaku ketika wujud harapan baru yang rundingan damai boleh dilakukan antara Taliban dan kerajaan selepas kejayaan gencatan senjata Aidilfitri lepas. – Gambar AFP, 10 Julai, 2018.

SEORANG pengebom bunuh diri meletupkan dirnya berhampiran kenderaan pasukan keselamatan Afghanistan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh kebanyakkannya orang awam dalam satu keganasan terbaru di negara bergolak itu, kata pegawai.

Letupan berhampiran timur bandar Jalalabad itu juga menyebabkan empat orang cedera dan meletupkan sebuah stesyen minyak, kata jurucakap Gabenor Attaullah  Khogyani kepada AFP.

Lapan orang awam antara yang terbunuh, kata Khogyani.

Beberapa mangsa lagi yang melecur teruk dibawa ke hospital, kata Pengarah Kesihatan Najibullah Kamawal

“Saya nampak letupan besar, orang tercampak. Orang terbakar,” kata saksi kejadian, Esmatullah kepada AFP.

Masih tidak ada pihak bertanggungjawab ke atas serangan terbaru di Nangarhar bersempadan dengan Pakistan itu.

Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria mengaku bertangggungjawab ke atas beberapa siri serangan maut sejak beberapa minggu lalu ketika gabungan tentera AS dan Afghanistan terus melancarkan serangan ke atas kumpulan pengganas itu.

Walaupun Taliban masih kumpulan militan terbesar di Afghanistan, IS masih merupakan kumpulan militan berbahaya di timur dan utara negara itu.

Serangan pada Selasa itu berlaku sehari selepas Setiausaha Negara AS Mike Pompeo meluahkan “harapan” yang rundingan damai antara kerajaan dan Taliban ketika lawatan ke Kabul.

Lawatan pertama Pompeo ke Afghanistan sejak mengangkat sumpah jadi diplomat utama Amerika pada April berlaku ketika timbul harapan baru rundingan damai dalam negara perang itu susulan gencatan senjata Aidilfitri antara Taliban dan kerajaan berjaya dilakukan.

Gencatan senjata itu tidak melibatkan IS yang pertama kali muncul di negara itu pada 2014 dan mempunyai kubu kuat di Nangarhar sebelum meluaskan jajahan ke utara.

Serangan sebelum ini berlaku di Jalalabad pada 1 Julai membunuh 19 orang dan mencederakan 21 orang apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di kawasan masyarakat Sikh dan Hindu Afghanistan.

Masyarakat di situ sedang menunggu untuk berjumpa Ghani ketika serangan berlaku.

Ia berlaku selepas dua serangan bunuh diri berasingan ketika tempoh gencatan senjata, IS mengaku bertanggungjawab atas keduanya. – AFP, 10 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen