SEORANG lelaki terbunuh manakala 10 lagi cedera selepas struktur lebuhraya bertingkat yang masih dalam pembinaan runtuh di Singapura, kata pihak berkuasa.
Kira-kira 60 anggta pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian. Gambar anggota penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa pada runtuhan itu tersebar di media sosial.
“Ketika kejadian, 11 orang pekerja sedang menjalankan kerja di atas struktur binaan itu. Seorang daripada pekerja terbabit terbunuh dan 10 lagi cedera,” kata pihak berkuasa pengangkutan awam darat Singapura dan menambah semua mangsa dihantar ke hospital.
Menurut pihak berkuasa, semua pekerja di kawasan terbabit dipindahkan.
Pihak berkuasa terbabit berkata, “siasatan keselamatan kini dijaankan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat sebarang keretakan yang perlu diambil tindakan segera”.
Kemalangan di kawasan pembinaan jarang berlaku di Singapura berikutan peraturan ketat keselamatan. Kebanyakan kerja pembinaan di Singapura dijalankan oleh pekerja asing, yang masuk ke negara itu dengan permit sementara. – AFP, 14 Julai, 2017.
Komen