SEORANG pemimpi Umno hari ini mempersoalkan mengapa tiada wakil DAP menduduki mana-mana tiga jawatan tertinggi barisan baru Pakatan Harapan (PH).
Ketua Bendahari Umno Salleh Said Keruak menegaskan yang DAP memegang jumlah tertinggi ahli Parlimen dalam pakatan pembangkang, mempersoalkan sama ada parti berasakan kaum Cina itu diketepikan.
Salleh, yang juga menteri Komunikasi dan Multimedia mengulas mengenai kepimpinan baru PH yang diumumkan sejurus selepas tengah malam tadi.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Anwar Ibrahim dinamakan sebagai pengerusi dan ketua de facto, manakala Presiden PKR Dr Wan Azizal Wan Ismail sebagai presiden pakatan pembangkang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dinamakan sebagai timbalan presiden. DAP, PKR, Amanah dan Bersatu membentuk gabungan pembangkang.
“Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?” Salleh bertanya dalam catatan di blognya sskeruak.blogspot.my hari ini.
Salleh juga menimbulkan persoalan tentang sama ada tiga jawatan tertinggi, iaitu - penasihat, pengerusi, dan presiden - sebenarnya mempunyai kata putus terakhir akhir dari segi kepimpinan.
“Sebaik sahaja mengumumkan barisan baru kepimpinannya, pakatan pembangkang ini telahpun memberikan janji politik yang hendak dilakukan dalam tempoh 100 hari setelah berkuasa.
“Daripada terus berjanji, adalah baik bagi pakatan pembangkang ini menamakan dahulu perdana menteri pilihan mereka.
“Pelik rasanya apabila ditanya hal ini oleh pemberita, pengerusinya menjawab: kita isytiharkan PM kelapan dahulu. PM ketujuh kita tentukan kemudian,” kata Salleh, mengulas kenyataan Dr Mahathir pada sidang akhbar awal hari ini.
Logo dan bendera baru gabungan itu juga diperkenalkan selepas mesyuarat empat jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. – 14 Julai, 2017.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ali Along · Ulasan