Polis Brazil banteras sindiket dadah guna bitcoin


Brazil berjaya membanteras satu sindiket dadah antarabangsa sofistikated yang menggunakan mata wang bitcoin dalam urus niaganya bagi mengelak dikesan polis. – Gambar fail AFP, 10 Julai, 2018.

PIHAK berkuasa Brazil berjaya membanteras satu sindiket dadah antarabangsa sofistikated yang menggunakan mata wang kripto dalam urus niaganya bagi mengelak dikesan polis.

Pada sidang media semalam, Carlos Eduardo Thome berkata ketua pasukan petugas penindasan dadah polis persekutuan, berkata dadah terbabit tiba di Brazil dari Colombia, Peru dan Bolivia sebelum dihantar ke Eropah dalam kontena maritim.

Geng itu turut menghantar kokain melalui perniagaan eksport palsu yang kononnya mengeksport bahan-bahan binaan.

Ia menggunakan bitcoin dalam urus niaga.

“Ia satu cara bagi mengelak kawalan pergerakan kewangan,” kata Thome.

Sejumlah 100 anggota polis di negeri-negeri Rio de Janeiro, Sao Paulo dan Espirito Santo mengambil bahagian dalam operasi yang dinamakan “Antigoon”.

Siasatan bermula setahun lalu dan sejak itu, polis merampas empat tan kokain di beberapa pelabuhan.

Dengan bantuan polis antarabangsa, tangkapan turut dilakukan di Belgium, Itali dan Sepanyol.

Mereka yang ditahan berdepan hukuman maksimum penjara 25 tahun kerana terlibat dalam sindiket pengedaran dadah antarabangsa. – Bernama, 10 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen