JUMLAH kematian akibat banjir besar yang melanda beberapa kawasan di Jepun meningkat kepada 122 orang.
Jurucakap kerajaan Jepun berkata puluhan lagi penduduk dilaporkan masih hilang dan lebih 70,000 kakitangan, termasuk polis, bomba dan penyelamat serta tentera sedang bertungkus lumus untuk mengesan mangsa yang terselamat, ketika paras air semakin surut.
Jumlah kematian itu paling buruk yang pernah dicatatkan dalam bencana membabitkan banjir, sekali gus memaksa Perdana Menteri Shinzo Abe membatalkan lawatannya di empat negara mulai akhir minggu ini.
Abe dijangka melawat kawasan bencana berkenaan pada hujung minggu ini.
Sementara itu, operasi menyelamat kini tertumpu di kawasan yang sebelum ini terputus akibat banjir dan tanah runtuh.
Ratusan penduduk yang berlindung di bumbung kediaman masing-masing ketika paras air meningkat kini menjadi tumpuan pasukan penyelamat. – AFP, 10 Julai, 2018.
Komen