Boris Johnson letak jawatan setiausaha luar UK


Boris Johnson meletakkan jawatan sebagai setiausaha luar United Kingdom, menjadikannya ahli kedua jemaah menteri Theresa May yang letak jawatan berhubung krisis strategi Brexit.– Gambar AFP, 9 Julai, 2018.

BORIS Johnson meletakkan jawatan sebagai setiausaha luar United Kingdom, menjadikannya ahli kedua jemaah menteri Theresa May yang letak jawatan berhubung krisis strategi Brexit.

Beliau letak jawatan sejurus sebelum May dijadual berucap di Parlimen menjelaskan pelan terbarunya untuk Brexit, yang mencetuskan kemarahan dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan.

Johnson, yang juga bekas datuk bandar London, letak jawatan selepas Setiausaha Brexit David Davis mengambil langkah sama pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, pejabat perdana menteri mengucapkan terima kasih atas khidmat Johnson dan berkata penggantinya akan dinamakan dalam waktu terdekat.

Johnson adalah antara pemimpin Konservatif yang kuat berkempen menyokong UK keluar dari Kesatuan Eropah dalam referendum pada 2016.– AFP, 9 Julai, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen