24 orang terbunuh manakala beratus cedera dalam kejadian kereta api tergelincir di Utara Turki, kata pegawai pada Isnin.
Kereta api terbabit, yang membawa 362 penumpang, sedang menuju ke stesen Halkali di Instabul dari Edrine dekat sempadan Bulgaria dan Greece pada Ahad sebelum ia tergelincir dan terkeluar dari landasan di Tekirdag.
Timbalan Perdana Menteri Recep Akdag berkata 24 orang maut, meningkat daripada angka 10 orang sebelum ini.
Agensi berita Anadolu memetik Akdag sebagai berkata operasi mencari dan menyelemat selesai pada pagi Isnin.
Menteri Kesihatan Ahmet Demircan berkata 318 orang memerlukan rawatan selepas kemalangan berlaku, manakala 124 lagi masih dirawat di hospital.
Pendakwa raya membuka kertas siasatan, dengan dua pemandu kereta api dan tiga lagi pekerja landasan dipanggil untuk memberi kenyataan, kata Anadolu.– AFP, 9 Julai, 2018.
Komen