Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 didedahkan minggu depan


Low Han Shaun

SELEPAS sedekad tertangguh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mendedahkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 pada minggu depan.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata beliau mahu pelan itu diwartakan tetapi DBKL perlu menentukan sama ada ia perlu dikemas kini terlebih dahulu.

“Jika terdapat sebarang perkembangan yang bertentangan dengan pelan itu, kita perlu menentukan dulu kesannya dan mungkin perlu mengemas kininya.

“(Tetapi) saya mahu diwartakan secepat mungkin,” kata Khalid pada sidang akhbar di DBKL hari ini.

Beliau berkata banyak perkara sudah berubah semenjak Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 siap apad 2008.

“Tetapi kita mesti faham bahawa ada pembangunan yang menentang pelan ini, jadi mungkin akan ada implikasi undang-undang,” kata Khalid.

Tambah beliau, DBKL dan Kementerian Wilayah perlu mengambil kos untuk melaksanakan pelan itu. – 9 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen