Taib minta Putrajaya teruskan projek BN di Sarawak


Desmond Davidson

Gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud (empat dari kanan) turut menyampaikan harapannya agar kerajaan Pakatan Harapan menjalinkan hubungan baik dengan Gabungan parti Sarawak (GPS) di negeri itu. – Gambar The Malaysian Insight, 9 Julai, 2018.

GABENOR Sarawak Abdul Taib Mahmud meminta pentadbiran Pakatan Harapan (PH) supaya tidak menghentikan projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kebanyakannya amat penting untuk pembangunan negeri itu.

Taib berkata banyak projek seperti Lebuh Raya Pan-Borneo sangat penting untuk pembangunan sosio-ekonomi Sarawak.

Ketika berucap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sawarak hari ini, Taib turut menyampaikan harapannya agar kerajaan PH menjalinkan hubungan baik dengan Gabungan parti Sarawak (GPS) di negeri itu.

“Saya gembira kerajaan negeri mengambil keputusan untuk bekerja dan menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan kerana ia penting untuk pembangunan yang berterusan di negeri ini.

“Saya harap kerajaan Persekutuan akan menjalankan tanggungjawabnya terhadap negeri ini seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan,” kata Taib.

Jelasnya gabenor itu lagi, selepas PH menang pada pilihan raya 9 Mei lalu, rakyat Sarawak kini meletakkan harapan yang tinggi agar pembangunan negeri diteruskan.

“Setiap janji dalam meanifesto PRU14 perlu dipenuhi demi kebaikan rakyat. Pedalam Sarawak terutamanya, amat memerlukan projek-projek ini, selain daripada infrastruktur asas,” kata taib yang pernah menjadi ketua menteri sealam 33 tahun sebelum mengundur diri pada 2014.

Taib berkata walaupun beliau sedar kesukaran yang mungkin dihadapi dalam menyediakan infrastruktur untuk rakyat Sarawak, peruntukan yang lebih harus disediakan bagi menangangi masalah air, jalan raya  dan bekalan elektrik di kawasan pedalaman.

GPS katanya, ditubuhkan sejajar dengan aspirasi rakyat Sarawak.

GPS akan meneruskan tuntutan autonomi yang lebih besar dan pengembalian hak negeri yang telah dipersetujui selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963, kata Taib. – 9 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen