Kemelut RUU355: Umno akhirnya mengalah


Sheridan Mahavera Desmond Davidson

AKHIRNYA, Perdana Menteri Najib Razak dan Umno tiba kepada keputusan ini. Lepaskan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) atau kehilangan negeri deposit tetap, Sabah dan Sarawak.

Malah kemungkinan tidak memasukkan 2 negeri itu daripada hukuman syariah diperkasakan tidak dapat mempengaruhi ahli politik Barisan Nasional (BN) dari kedua-dua negeri pada mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur pada Rabu.

Mereka juga menerima sokongan kuat daripada ahli politik MIC, MCA dan Gerakan, dengan pemimpin daripada kedua-duanya berkata kepada umum tahun lepas mereka akan meletakkan jawatan jika pindaan itu menjadi undang-undang.

Langkah BN mengambil alih pindaan undang-undang Islam yang pertama kali dicadangkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang diumumkan beberapa minggu lalu oleh Timbalan Perdana Menteri Abdul Zahid Hamidi walaupun terdapat keresahan dalam parti pemerintah.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg menegaskan RUU itu tidak boleh dibentangkan, manakala BN Sabah secara peribadi menyatakan keraguan mengenai pindaan yang dicadangkan.

Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Maximus Ongkili memberi amaran yang parti itu boleh keluar daripada gabungan BN disebabkan pindaan itu.

BN Sarawak memegang 25 kerusi Parlimen manakala Sabah mempunyai 21. Ahli Parlimen bukan Islam di Semenanjung sebanyak 13.

The Malaysian Insight dimaklumkan perdana menteri memberitahu mesyuarat exco BN sebelum sesi Parlimen mereka akan membawa pindaan kerana ia akan membantu gabungan itu, tetapi beberapa individu mempunyai keraguan dan meminta melihat draf undang-undang.

Pada malam Rabu, Najib mengumumkan kerajaan memutuskan untuk tidak membentangkan RUU Persendirian Hadi selaras dengan prinsip konsensus.

“Oleh itu ia akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian dan jika dibentangkan, ia akan bergantung kepada arahan Speaker,” kata Najib.

Seorang penganalisis politik berpangkalan di Sarawak berkata, peristiwa yang membawa kepada pusingan “U” itu menghantar mesej yang kuat kepada Najib.
 
“Jangan menyumbat ‘Umno-centric, Semenanjung-centric, Bahasa Melayu-centric atau isu Islam-centric’ ke dalam kerongkong rakyat di Sabah dan Sarawak,” kata pensyarah Universiti Malaysia Sarawak Jeniri Amir memberitahu The Malaysian Insight.

“Mereka hanya perlu bertegas. Mereka tidak akan menerima layanan sambil lewa begitu lagi dan itu adalah satu pengajaran menyakitkan yang Najib pelajari.

“Rakyat kini memberitahu Najib: ‘Mengapa tidak anda bersikap memberi tumpuan kepada negara, Malaysia-centric seperti dibayangkan mereka yang merangka Perjanjian Malaysia.

“Itu cara terbaik untuk Malaysia dan ia adalah bagaimana persekutuan sebelum ini melihatnya dahulu.

“Ia bukan Umno sahaja untuk menentukan masa depan Malaysia.”

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan melihat pusingan “U” RUU355 kerana Umno tidak lagi menjadi kuasa hegemoni, dan kerajaan persekutuan kini berkongsi dengan Sabah dan Sarawak.

“Saya tidak pasti sama ada negeri Borneo dapat bekerjasama, memberi Umno mengawal Sabah tetapi mereka melakukannya…mungkin disebabkan tekanan di sekeliling kerana pilihan raya akan datang.”

Penganalisis politik Dr Wong Chin Huat percaya tawaran awal Umno untuk menerima pakai RUU Hadi sebagai kerajaan sendiri tidak lebih daripada usaha untuk mengambil hati orang Islam.

RUU Hadi sepatutnya dipermudahkan dan dibentangkan sebagai RUU kerajaan, kata Wong daripada badan pemikir, Institut Pulau Pinang.

“Tetapi mereka tidak bersedia dengan risiko pembahagian terbuka dalam BN,” kata Wong merujuk kepada ribut bantahan di kalangan parti BN bukan Melayu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing berkata iktibar daripada episod ini adalah rakyat Sarawak “mesti bersatu dalam isu yang memberi kesan kepada kami dan Sarawak”.

“Pendirian saya terhadap RUU355 tidak berubah sejak awal. Pendirian saya terus diperkukuhkan apabila Majlis Tertinggi PRS (Parti Rakyat Sarawak) sebulat suara menentang,” kata beliau. – 31 Mac, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen