India laksana perintah berkurung di Kashmir


Pihak berkuasa India menguatkuasakan perintah berkurung di Lembah Kashmir pada Ahad, bagi mengelakkan rusuhan berlaku semasa acara ulang tahun kematian pemimpin popular puak pemberontak.

PIHAK berkuasa India menguatkuasakan perintah berkurung di Lembah Kashmir pada Ahad, bagi mengelakkan rusuhan berlaku semasa acara ulang tahun kematian pemimpin popular puak pemberontak.

Ketegangan bermula menjelang acara ulang tahun itu dengan kematian tiga orang awam, termasuk seorang gadis, semasa pertempuran yang berlaku pada Sabtu antara perusuh dan tentera India.

Perkhidmatan internet mudah alih disekat di kawasan Kashmir yang ditadbir India, jalan yang menghala ke lembah itu turut disekat dan darurat dikuatkuasakan di Srinagar.

Pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di Tral, rumah asal pemimpin puak pemisah Burhan Wani.

Pemimpin muda yang berkarisma itu meninggal dunia pada 2016. Kematian itu mencetuskan rusuhan ganas selama berbulan-bulan sehingga menyebabkan hampir 100 terbunuh dan ramai yang menjadi buta akibat serangan pelet api oleh pihak berkuasa India.

Puak pemisah menggesa pemilik kedai menutup perniagaan mereka sebagai tanda bantahan terhadap kematian Wani.

Kashmir terbahagi kepada dua negara iaitu India dan Pakistan sejak berakhirnya penjajahan British pada 1957, namun kedua-dua negara menuntut penguasaan penuh ke atas wilayah itu.

India mempunyai kira-kira 500,000 tentera yang ditempatkan di separuh wilayah Kashmir yang dikawal mereka, sementara kumpulan bersejata sejak berdekad-dekad telah berjuang menuntut kemerdekaan atau penyatuan wilayah itu dengan Pakistan.– AFP, 8 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen