Misi menyelamat kanak-kanak dalam gua ambil masa 2-3 hari 


Penyelam elit hari ini memulakan operasi bahaya untuk mengeluarkan 12 kanak-kanak dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap dalam gua yang dibanjiri air di utara Thailand sejak lebih dua minggu lalu. – Gambar AFP, 8 Julai, 2018.

USAHA menyelamatkan 12 kanak-kanak lelaki dan jurulatih bola sepak mereka yang kini terperangkap dalam gua di Thailand yang bermula hari ini akan mengambil masa dua hingga tiga hari untuk selesai, kata salah seorang ketua operasi itu.

“Tempoh masanya ialah… kira-kira dua hingga tiga hari, bergantung kepada faktor lain seperti cuaca,” Mejar Jeneral Chalongchai Chaiyakorn memberitahu pemberita.

Penyelam elit hari ini memulakan operasi bahaya untuk mengeluarkan 12 kanak-kanak dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap dalam gua yang dibanjiri air di utara Thailand sejak lebih dua minggu lalu. 

12 pelajar lelaki dan jurulatih mereka perlu menyelitkan diri melalui terowong yang sangat sempit dalam keadaan gelap gelita yang menjadi cabaran utama dalam misi menyelamat ini.

Pihak berkuasa telah menekankan laluan kecil berdekatan “T-Junction” atau “Sam Yak” dalam bahasa Thau, sebagai elemen paling penting dalam perjalanan pasukan “Wild Boars” itu yang bermula pagi tadi. Namun, terdapat masalah lain yang mungkin timbul iaitu keupayaan menyelam pelajar, daya ketahanan, jarak penglihatan dan cuaca buruk. – AFP, 8 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen