Turki pecat lebih 18,500 kakitangan kerajaan


Pihak berkuasa Turki memecat lebih 18,500 kakitangan kerajaan termasuk pegawai polis, anggota tentera dan ahli akademik, dalam satu perintah yang dikeluarkan pada Ahad.– Gambar EPA, 8 Julai, 2018.

PIHAK berkuasa Turki memecat lebih 18,500 kakitangan kerajaan termasuk pegawai polis, anggota tentera dan ahli akademik, dalam satu perintah yang dikeluarkan pada Ahad.

Warta Rasmi menyatakan 18,632 telah dipecat termasuk 8,998 pegawai polis dalam perintah kecemasan susulan dakwaan terdapat ancaman daripada organisasi keganasan dan kumpulan yang “bertindak bertentangan dengan keselamatan negara”.

3,077 anggota tentera turut dipecat termasuk 1,949 anggota tentera udara dan 1,126 anggota tentera laut.

1,053 penjawat awam lagi adalah daripada kementerian keadilan dan dari institusi berkaitan selain 649 “gendarmerie” dan 192 pengawal pantai

Pihak berkuasa turut memecat 199 ahli akademik, sementara 140 penjawat awam daripada ketenteraan dan kementerian dikembalikan.

Turki berada dalam perintah darurat sejak Julai 2016 selepas berlaku percubaan menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.– AFP, 8 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen