SEKATAN ke atas Korea Utara akan kekal sehingga Pyongyang selesai melakukan “denuclearisation”, kata Setiausaha Amerika Syarikat Mike Pompeo pada Ahad.
“Sekatan akan kekal sehingga pemuktamadan, pengesahan sepenuhnya ‘denuclearisation’ seperti yang dipersetujui Kim (Jong Un) berlaku,” kata Pompeo di Tokyo.
Pompeo mengadakan perbincangan lebih lapan jam dengan pegawai Korea Utara di Pyongyang sejak Jumaat.
Beliau menyifatkan perbincangan itu sebagai positif, namun beberapa jam selepas beliau meninggalkan negara itu, Korea Utara mengeluarkan kenyataan membidas tindakan “ala gangster” AS dalam menuntut “denuclearisation”.
Pompeo menolak dakwaan itu, sambil berkata perbincangan antara mereka dijalankan dalam semangat yang baik.
“Jika permintaan itu ala gangster, maka dunia adalah gangster, kerana terdapat keputusan sebulat suara di Majlis Keselamatan PBB mengenai apa yang perlu dicapai,” katanya.– AFP, 8 Julai, 2018.
Komen