PRESIDEN Donald Trump akan mengumumkan nama Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pilihannya pada Isnin.
Trump berkata beliau akan mengumumkan pilihannya itu pada 9.00 pm (0100GMT) melalui siaran langsung televisyen dari Rumah Putih.
Pilihan Trump itu akan memberikan kesan yang besar terhadap banyak aspek kehidupan rakyat AS.
Presiden berkata pada Khamis beliau telah memendekkan senarai calon Hakim Mahkamah Tinggi AS kepada empat calon daripada 25 calon dan akan membuat keputusan pada Ahad menjelang pengumuman tersebut.
“Saya rasa daripada empat orang (calon), saya telah kurangkan kepada tiga atau dua,” katanya.
Parti demokrat memberi amaran yang Trump boleh mengubah keseimbangan ideologi mahkamah dan seterusnya memberikan risiko terhadap hak reporduktif wanita, kesihatan, dan hak homoseksual.– AFP, 8 Julai, 2018.
Komen