Gempa bumi Korea Utara bukan disebabkan ujian nuklear


Hubungan Korea Utara dan Amerika Syarikat tegang selepas negara komunis itu melakukan ujian peluru berpandu rentas benua awal bulan ini. – Gambar Yonhap/AFP, 13 Julai, 2017.

GEMPA bumi dasar laut di perairan Korea Utara bukan disebabkan ujian nuklear, lapor media Korea Selatan hari ini.

Gempa bumi berukuran 5.9 skala rictcher itu berlaku pada jarak 190 kilometer tenggara bandar ketiga terbesar Korea Utara, Chongjin pada awal pagi Khamis menurut Jabatan Geologikal Amerika Syarikat.

Korea Utara sudah melakukan lima ujian nuklear- termasuk dua pada tahun lepas- dan sudah mempunyai kemajuan besar dalam kemampuan peluru berpandunya di bawah pentadbiran Kim Jong-Un yang berkuasa sejak 2011.

Tetapi gempa bumi itu tidak mencetuskan amaran tsunami, bukan berpunca daripada ujian nuklear, agensi berita Yonhap melaporkan ahli geologi AS John Bellini sebagai berkata.

“Ia berlaku 500 km di bawah permukaan dasar laut,” katanya.

“Ia gempa bumi semulajadi.”

Ketegangan antara Pyongyang dan AS memuncak awal bulan ini apabila Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu rentas benua buat pertama kali, yang dilihat memburukkan lagi konfrontasi dengan Washington berkaitan isu program nuklear dan peluru berpandunya. – 13 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen