PIHAK berkuasa Thailand mengarahkan petugas media meninggalkan kawasan di pintu masuk gua di mana 12 kanak-kaak dan jurulatih bola sepak mereka terperangkap selama lebih dua minggu, kerana mereka memerlukan ruang untuk operasi menyelamat.
“Semua pihak yang tidak terlibat dengan operasi perlu keluar dari kawasan ini secepat mungkin,” umum polis menerusi pembesar suara di kawasan berkenaan menyebabkan petugas media kelam kabut membawa kelengkapan mereka untuk beredar.
“Daripada penilaian situasi, kita perlu gunakan kawasan ini untuk membantu mangsa,” kata polis.
Pasukan penyelamat kini berdepan dengan kesukaran untuk mengeluarkan 13 mangsa terbabit berikutan air membanjiri pintu masuk gua berkenaan.
Keadaan diburukhan lagi dengan jarak laluan masuk untuk sampai kepada mangsa terlalu jauh hingga menyukarkan bekalan makanan serta ubat-ubatan dihantar kepada mangsa.
Seorang penyelam anggota tentera laut Thailand terkorban dalam operasi berikutan bekalan gas oksigennya habis ketika melakukan selaman untuk pergi kepada mangsa. – AFP, 8 Julai, 2018.
Komen