SEORANG warga Kanada yang cuba memanjat gunung K2 di Pakistan maut akibat terjatuh, kata pegawai semalam.
Lelaki berusia 53 tahun itu berada di antara kem 2 dan 3 di puncak 8,611 meter (28,251 kaki) yang terkenal dengan kemalangan ketika kejadian, seorang pegawai dari Jabatan Pelancongan Gilgit-Baltistan memberitahu AFP.
Kematiannya disahkan oleh Sakhawat Hussain daripada Summit Karakoram, syarikat pelancongan yang menganjurkan lawatannya.
Hussain berkata dia menerima berita itu dari stesen yang pendaki Kanada “maut akibat jatuh dan mayatnya dipindahkan ke kem seterusnya”, sambil menambah dia sudah menghubungi anggota keluarga mangsa.
K2 adalah puncak tertinggi di dunia dan pendakiannya dianggap lebih mencabar berbanding puncak tertinggi, Gunung Everest.
Ia pertama kali berjaya didaki pada 1954. Sejak itu, hanya 306 orang berjaya sampai ke puncak, manakala 80 orang maut semasa melakukan percubaan, menurut laman web 8000ers.
Terletak di antara hujung barat Himalaya, gunung Hindu Kush dan banjaran Karakoram, Gilgit-Baltistan mempunyai 18 daripada 50 puncak tertinggi di dunia. – AFP, 7 Julai, 2018.
Komen