BADAN pemantau senjata kimia dunia semalam berkata, ia tidak menemui sebarang bukti kewujudan gas saraf, selepas serangan di kawasan Douma, Syria pada April lalu, namun ada kemungkinan klorin digunakan.
“Keputusan ujian menunjukkan tiada agen saraf bahan organik mengandungi fosforus (organophosphorous) atau sisanya ditemui.
“Namun, wujud bahan kimia organik dicemari klorin bersama serpihan letupan,” menurut laporan awal Pertubuhan Pencegahan Senjata Kimia (OPCW).
OPCW berkata siasatan terhadap keputusan misi mendapatkan maklumat di Douma masih berjalan.
Sebelum ini, pasukan perubatan dan penyelamat berkata, 40 maut akibat serangan disyaki menggunakan senjata kimia. – AFP, 7 Julai, 2018.
Komen